.

Berita Terkini - Mac 2011

1. Pembinaan Sekolah Kebangsaan Cina yang telah siap dibina dan telah beroperasi. Cepat sungguh pembinaan sekolah tersebut, tak sampai setahun pun. Katanya sekolah-sekolah yang seumpamanya di Rawang telah penuh serta sesak dan tindakan membina Sekolah tersebut adalah tepat.

2. Pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor berpindah ke Bukit Sentosa. Perkara ini tak dapat dipastikan. Ada juga pembinaan bangunan pejabat sedang dibina di sebelah stesyen minyak ESSO.

3. Pembangunan Kompleks perniagaan TESCO. Ini memang sahih. Pembinaan sedang rancak dibina. Ada TESCO best juga boleh jadikan mobile office. Kat area situ P1 punya coverage memang tip top. Cuma tak banyak premis yang sediakan tempat nak surfing internet beserta power socket elektrik. Restoren Salam kat Bukit Sentosa tu pulak crowded sangat.

4. Projek kompleks dan deretan kedai, pejabat dan bank sedang di bina sepanjang laluan antara Tol Bukit Beruntung hingga ke Bandar Bukit Sentosa.

5. Sebuah Universiti Madinah akan dibina diantara Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa.

6. Pembinaan jalanraya dari Bukit Sentosa 3 ke Serendah. Jalan potong tanpa melalui Jalan Sungai Choh


Wednesday, June 15, 2011

Perjalanan bas Bukit Beruntung-KL lebih cepat

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan melancarkan laluan baru Bus Expressway Transit (BET6), memendekkan tempoh perjalanan bas dari Bukit Beruntung ke Kuala Lumpur sehingga 70 minit.

Menurut kenyataan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) hari ini, laluan BET6 itu dilancarkan Rabu lalu dan pengguna bas kini hanya mengambil masa kira-kira 80 minit berbanding tiga jam sebelum ini untuk perjalanan antara Bukit Sentosa di Bukit Beruntung dan Pasar Seni di sini.
"Pengguna bas sebelum ini mengambil masa antara dua jam setengah dan tiga jam bergantung kepada situasi lalu lintas untuk perjalanan dari Bukit Beruntung ke Kuala Lumpur menggunakan laluan lama melalui Tanjung Malim ke Rawang dan menukar bas dari Rawang ke Kuala Lumpur.

Perjalanan bas berkenaan bermula dari Terminal Bukit Sentosa Satu dan melalui Plaza Tol Bukit Beruntung, Plaza Tol Jalan Duta, Kelab Selangor, LRT Masjid Jamek ke Pasar Seni.

Bagi perjalanan pulang, ia akan melalui perhentian sama kecuali bagi perhentian ketiga di Jalan Parlimen dan bukan di Kelab Selangor. Tambang bas BET6 ialah RM4. BET6 ialah tambahan terbaru bagi sistem BET di bawah Program Tranformasi Kerajaan (GTP) untuk Pengangkutan Awam Bandar (UPT) selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam bandar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

.