.

Berita Terkini - Mac 2011

1. Pembinaan Sekolah Kebangsaan Cina yang telah siap dibina dan telah beroperasi. Cepat sungguh pembinaan sekolah tersebut, tak sampai setahun pun. Katanya sekolah-sekolah yang seumpamanya di Rawang telah penuh serta sesak dan tindakan membina Sekolah tersebut adalah tepat.

2. Pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor berpindah ke Bukit Sentosa. Perkara ini tak dapat dipastikan. Ada juga pembinaan bangunan pejabat sedang dibina di sebelah stesyen minyak ESSO.

3. Pembangunan Kompleks perniagaan TESCO. Ini memang sahih. Pembinaan sedang rancak dibina. Ada TESCO best juga boleh jadikan mobile office. Kat area situ P1 punya coverage memang tip top. Cuma tak banyak premis yang sediakan tempat nak surfing internet beserta power socket elektrik. Restoren Salam kat Bukit Sentosa tu pulak crowded sangat.

4. Projek kompleks dan deretan kedai, pejabat dan bank sedang di bina sepanjang laluan antara Tol Bukit Beruntung hingga ke Bandar Bukit Sentosa.

5. Sebuah Universiti Madinah akan dibina diantara Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa.

6. Pembinaan jalanraya dari Bukit Sentosa 3 ke Serendah. Jalan potong tanpa melalui Jalan Sungai Choh


Friday, April 6, 2012

Tesco Bukit Beruntung

Seawal sebelum jam 9.00 pagi telah ramai pengunjung tiba dan mula berkumpul di hadapan pintu masuk Tesco Bukit Beruntung (BB). Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya tali reben dipotong oleh para VIP. Ada Tarian singa, pukulan kompang dan tabla mengiringi para Jemputan masuk ke dalam Tesco. Orang ramai pun ikut serta memasuki bangunan tersebut. Majlis pembukaan amat ringkas dan sesuai dengan tujuan ianya dilaksanakan

Perkara yang saya mula sekali cari ialah apakah perkhidmatan ATM yang disediakan, agak menghampakan juga kerana buat masa hanya ada RHB ATM sahaja. Beralih mencari Food Court dan melihat harga yang ditawarkan. Agak berpatutan juga harganya. Selain dari Tesco Store, ia juga menyewakan ruang kedai kepada peniaga lain seperti syarikat telekomunikasi, ada menjual pakaian dan lain2 lagi.

Jom beli belah di Tesco. Ramai sungguh register card club. Katanya percuma.





http://resourceavail.com

Kedai Jahit Normie - Tempahan Baju Raya Bukit Beruntung

Kedai Jahit Normie

.